- Iklan -
Berita

Tonton porno sejak 11 tahun rosakkan minda saya, kata penyanyi Billie Eilish

Eilish yang menjalani pembelajaran di rumah telah memenangi tujuh anugerah Grammy dikenali dengan lirik-lirik gelapnya.

Reuters
2 minit bacaan
Kongsi
Penyanyi Billie Eilish ketika melakukan persembahan di Global Citizen Live di Central Park, New York September lalu. Gambar: AP
Penyanyi Billie Eilish ketika melakukan persembahan di Global Citizen Live di Central Park, New York September lalu. Gambar: AP

Penyanyi yang memenangi anugerah Grammy Billie Eilish bercakap mengenai ketagihannya menonton pornografi sejak seawal usia 11 tahun dan bagaimana ketagihannya itu telah menyebabkan beliau mengalami mimpi ngeri dan mengganggunya ketika beliau mulai berpacaran.

Eilish yang akan menjengah usia 20 tahun Sabtu ini mengakui perkara itu ketika ditemu bual dalam “The Howard Stern Show” di radio Sirius XM pada Isnin.

“Saya fikir porno adalah satu perkara yang menghinakan. Jujur saya katakan, saya pernah banyak menontonnya. Saya mula tonton porno waktu saya mungkin berusia 11 tahun,” kata penyanyi “Bad Guy” itu, mengatakan ia membantunya untuk merasai sebahagian daripada mereka yang digelar “cool”.

“Saya fikir ia betul-betul telah rosakkan minda saya dan saya rasa sangat-sangat hancur sewaktu terdedah dengan begitu banyak kandungan porno,” tambahnya sambil mengakui beliau mengalami mimpi buruk kerana sebahagian porno yang ditontonnya sangat ganas dan penuh penderaan.

Eilish yang belajar di rumahnya di Los Angeles telah memenangi tujuh anugerah Grammy, beliau dikenali dengan lirik-lirik lagu yang berunsur gelap.

Dalam lagu baladanya berjudul “Male Fantasy” dalam album “Happier Than Ever,” beliau menyanyikan kisah keseorangan di rumah dan cuba menghabiskan waktu dengan menonton pornografi bagi melupakan hubungannya yang sudah putus.

Eilish berkata beliau kini marah dengan diri sendiri kerana fikir adalah “okey” untuk menonton terlalu banyak pornografi.

“Pada awal melakukan hubungan seks, saya langsung tak kata ‘tidak’ untuk perlakuan (seks) yang tidak elok. Ini kerana saya fikir itulah apa yang saya perlu tertarik untuk lakukan,” katanya.

Eilish, memulakan karier nyanyiannya dengan memakai pakaian longgar bagi mengelak orang ramai membuat ulasan mengenai tubuh badannya.

Beliau berjaya menjadi individu termuda dalam sejarah memenangi keempat-empat anugerah utama Grammy pada 2020. Beliau membawa pulang anugerah artis baru, album, rekod dan lagu terbaik pada usia 18 tahun.

Bagaimanapun, penyanyi itu berkata kemasyhurannya telah menyebabkan beliau sukar untuk keluar dengan teman lelaki.

“Sangat sukar nak jumpa dengan orang bila mereka sama ada takut dengan kamu atau fikir kamu sudah tidak lagi dalam golongan mereka,” kata Eilish lagi.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi