Sayap Warisan di semenanjung dilancarkan esok
Shafie berkata Warisan kekal sebagai parti pelbagai kaum dan yakin ia akan mendapat sambutan.
Terkini
Parti Warisan Sabah (Warisan) yang berpangkalan di negeri itu mengumumkan akan melebarkan rangkaian ke semenanjung bermula esok dengan pelancarannya akan dirasmikan presidennya, Shafie Apdal di Kuala Lumpur esok.
Pengumuman itu dibuat dalam sebuah surat jemputan rasmi kepada media hari ini bagi perasmian parti itu di peringkat nasional.
Warisan ditubuhkan pada 17 Oktober 2016 oleh Shafie di Sabah, tidak berapa lama selepas beliau dan Muhyiddin Yassin disingkirkan dari Umno akibat lantang mengkritik skandal 1MDB Najib Razak.
Parti itu kemudiannya bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) ketika menghadapi pilihan raya umum (PRU) pada 2018.
Pada 20 Oktober lalu, Shafie menyatakan hasrat untuk memperluaskan sayap partinya hingga ke semenanjung bagi meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu.
Shafie turut berkata, Warisan akan kekal sebagai parti pelbagai kaum dan yakin mendapat sambutan di semenanjung.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.