- Iklan -
Berita

Dr M masih di IJN untuk pemeriksaan lanjut

Pemeriksaan kesihatan yang dijalankan ke atas Dr Mahathir dijangka selesai dalam masa beberapa hari lagi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sedang menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan di Institusi Jantung Negara (IJN) di sini.

Menurut kenyataan IJN hari ini, pemeriksaan kesihatan yang dijalankan ke atas Dr Mahathir dijangka selesai dalam masa beberapa hari lagi.

Berikutan itu, Dr Mahathir yang juga pengerusi Pejuang dan ahli Parlimen Langkawi perlu terus berada di IJN sehingga semua pemeriksaan berkenaan selesai.

“Bagi mematuhi SOP semasa, tiada pelawat dibenarkan melawat beliau,” menurut kenyataan IJN itu.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 7 petang semalam bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.