Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam kedudukan selesa bagi mengekalkan kerajaan negeri bagi memenangi lebih dari separuh jumlah yang diperlukan untuk memperolehi majoriti mudah, ia kini memenangi 26 kerusi dari 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
GPS meletakkan calon di kesemua 82 kerusi DUN yang dipertandingkan bagi PRN kali ini.
Setakat 8 malam, GPS memenangi Tanjong Datu, Asajaya, Muara Tuang, Serembu, Tarat, Sadong Jaya, Gedong, Sebuyau, Betong Mato, Balai Ringin, Bukit Begunan, Saribas, Layar, Bukit Saban, Kalaka, Krian, Kabong, Daro, Tellian, Balingian, Tamin, Pelagus, Bukit Goram, Belaga, Bukit Sari dan Pakan.
Sementara itu, parti pembangkang PSB memenangi dua kerusi: Ba’kalalan dan Engkelili.
Bagi mendapat majoriti mudah, GPS memerlukan 42 kerusi. Manakala untuk mendapat majoriti dua pertiga, gabungan itu memerlukan 55 kerusi.