- Iklan -
Berita

60.67% keluar mengundi pada PRN Sarawak

Peratusan itu meliputi jumlah pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pengundi menunggu giliran untuk membuang undi pada PRN Sarawak pada Disember 2021.
Pengundi menunggu giliran untuk membuang undi pada PRN Sarawak pada Disember 2021.

Seramai 759,627 orang atau 60.67% daripada pemilih berdaftar telah keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan hari ini berkata ia meliputi jumlah pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos.

SPR pada awalnya menjangka 70% orang keluar mengundi, namun dalam sidang media semalam, Abdul Ghani berkata faktor cuaca yang tidak menentu berikutan hujan lebat adalah antara sebab utama peratusan itu berkurangan daripada jangkaan awal.

Semalam 1,866 pusat mengundi melibatkan 3,555 saluran dibuka untuk pengundian pada PRN12 yang bermula dari 7.30 pagi hingga 5 petang.

Pada pilihan raya negeri yang menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 76 kerusi manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh empat kerusi dan DAP dua kerusi.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi