Peminjam PTPTN terjejas banjir diberi penangguhan bayaran 3 bulan
Keputusan itu diambil selari dengan aspirasi kerajaan yang komited membantu mangsa bencana banjir termasuk peminjam PTPTN.
Terkini
Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan kepada peminjam yang terkesan akibat banjir yang melanda negara, baru-baru ini.
Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad berkata keputusan itu diambil selari dengan aspirasi kerajaan yang prihatin serta komited membantu Keluarga Malaysia yang terlibat dalam bencana banjir mengakibatkan kemusnahan harta benda termasuk peminjam PTPTN.
“Peminjam yang terkesan boleh mengemukakan permohonan kepada PTPTN bermula 28 Dis hingga 31 Mac 2022,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Noraini berkata butiran lanjut mengenai pelaksanaannya akan diumumkan oleh PTPTN dan berharap penangguhan bayaran balik PTPTN itu dapat meringankan beban peminjam yang terkesan.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.