- Iklan -
Berita

England, Wales catat rekod baru kes Covid

Britain menjadi antara negara Eropah paling teruk dilanda Covid-19 dengan kes kematian yang hampir mencecah 150,000.

AFP
2 minit bacaan
Kongsi
Dengan kematian yang hampir mencecah 150,000, pakar kesihatan negara itu bimbang sektor kesihatannya terpaksa berdepan kesesakan pesakit di fasiliti kesihatannya. Gambar: AP
Dengan kematian yang hampir mencecah 150,000, pakar kesihatan negara itu bimbang sektor kesihatannya terpaksa berdepan kesesakan pesakit di fasiliti kesihatannya. Gambar: AP

England dan Wales pada Selasa melaporkan hampir 130,000 jangkitan baru Covid-19, satu rekod kes tertinggi ketika kes varian Omicron meningkat sementara respons United Kingdom masih dilihat tidak menumpukan usaha bagi mengatasi kebimbangan yang timbul akibat peningkatan tersebut.

Pihak berkuasa di London dan Cardiff mengumumkan 129,471 kes baru, manakala di Scotland kes harian mencatatkan 9,360 jangkitan sementara Ireland Utara masih tidak mengeluarkan data baru berikutan cuti Krismas.

Beberapa minggu kebelakangan ini telah menyaksikan peningkatan kes harian di UK melepasi 100,000 buat kali pertama sepanjang wabak melanda negara itu, di mana Omicron menjadi varian dominan dalam penularannya.

Britain menjadi antara negara paling teruk terjejas di Eropah dengan angka kematian akibat Covid hampir mencecah 150,000 kes.

Berikutan peningkatan jangkitan tersebut, Scotland, Wales dan Ireland Utara telah mengumumkan sekatan pergerakan baru terhadap sektor perhotelan dan perhimpunan sosial dalam skala besar.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Boris Johnson, yang bertanggungjawab terhadap dasar kesihatan di England, setakat ini memutuskan untuk tidak mengikut langkah yang diambil wilayah lain UK dengan mengumumkan sekatan pergerakan yang lebih ketat.

Di bawah tekanan blok parti Konservatif, beliau enggan melaksanakan sekatan baru sebaliknya menumpukan perhatian dalam meningkatkan program vaksinasi dos penggalak di negara itu.

Hampir 33 juta dos penggalak telah diberikan kepada penerima vaksin lengkap pada Selasa.

Sektor kesihatan negara itu kini sedang berusaha untuk mencapai sasaran untuk memberikan suntikan dos penggalak kepada semua orang dewasa di negara itu menjelang akhir bulan ini.

Walaupun Edinburgh, Cardiff dan Belfast telah mula melaksanakan sekatan baru minggu ini, Setiausaha Kesihatan Sajid Javid berkata pada Isnin tiada sekatan terhadap England sebelum Tahun Baru.

Bagaimanapun, langkah sekatan baru yang tidak menjadi pilihan kerajaan dalam membendung Covid-19 bercanggah dengan nasihat penasihat kesihatan kerajaan sendiri.

Sebelum ini, beberapa pakar telah memberi amaran tanpa langkah baru yang lebih boleh menyebabkan perkhidmatan kesihatan yang dikendalikan kerajaan akan menyebabkannya berdepan kesesakan di hospital menjelang 2022.

Ketika ini, kadar kemasukan ke hospital semakin meningkat di negara itu, terutama di London di mana ia mencatat kes varian Omicron paling tinggi dengan peningkatan sebanyak 53% setiap minggu.

Namun angka itu masih kekal di bawah tahap kemuncak pandemik pada Januari tahun ini.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.