- Iklan -
Berita

JPS ramal 6 daerah di Johor alami banjir

Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Kulai dan Johor Bahru diramal alami banjir di kawasan-kawasan sungai sekitarnya.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Hujan lebat penyebab banjir diramal akan berlaku di beberapa kawasan rendah di Johor.
Hujan lebat penyebab banjir diramal akan berlaku di beberapa kawasan rendah di Johor.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan banjir akan berlaku di beberapa daerah di Johor mulai 2 tengah hari 31 Disember, susulan amaran hujan berterusan waspada yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

JPS menerusi hantaran di Twitter memaklumkan enam daerah yang terlibat termasuk Mersing dan Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Kulai dan Johor Bahru.

Di Mersing, kawasan sungai pertama yang terlibat adalah di Sungai (Sg) Labong, Semanyir, Tekedai dan Padang di mana ia melibatkan Kampung (Kg) Asli Labing, Kg Kurnia, Air Tawar, Semaloi, Asli Peta dan kawasan rendah sekitarnya.

Sungai Mayang dan Sungai Mersing turut diramal banjir melibatkan Kg Baru Jemari, Kg Wak Salam, Pengjalan Batu, Taman Nakhoda, Kg Bahagia dan kawasan sekitarnya.

Manakala di Kluang, kawasan di sekitar Sg Melantai, Sembrong Besar dan Sg Kahang dijangka banjir.

Di Kota Tinggi, kawasan yang terlibat adalah melibat kawasan-kawasan yang terletak di sekitar Sungai Johor dan Sungai Sedili Besar.

Di Batu Pahat, kawasan yang dijangka terjejas banjir adalah kawasan di Lembangai Sungai Batu Pahat yang terdiri dari tiga sungai termasuk Sg Batu Pahat, Simpang Kanan dan Sembrong.

Di Kulai, kawasan-kawasan rendah di sekitar Sg Skudai diramal mengalami banjir.

Semantara banjir di Johor Bahru diramal berlaku di Lembangan Sungai Skudai yang menempatkan beberapa kawasan di Sg Pulai, Sg Tebrau dan Sg Johor.

Menurut Bernama, polis Johor telah menempatkan sekitar 4,300 anggota untuk bersiap siaga menghadapi banjir di negeri itu.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata 25 kawasan panas turut dikenal pasti termasuk empat di Johor Bahru, Muar dan Kota Tinggi.