- Iklan -
Berita

Stigma negatif masyarakat antara faktor halang penagih dapat rawatan, kata Khairy

Penagih enggan mengaku atau mengadu masalah mereka kerana berfikiran akan ada kesan undang-undang di mana mereka akan ditangkap.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Dadah boleh merosakkan institusi keluarga, masyarakat dan negara jika tidak ditangani dengan holistik. Gambar: AFP
Dadah boleh merosakkan institusi keluarga, masyarakat dan negara jika tidak ditangani dengan holistik. Gambar: AFP

Stigma negatif masyarakat antara faktor yang menghalang penagih dadah untuk tampil mendapatkan rawatan dan bantuan profesional terhadap masalah penagihan yang mereka hadapi.

“Kalau mereka pergi dan mengaku bahawa mereka penagih, mungkin akan ada kesan undang-undang di mana mereka akan ditangkap sebab itu yang ada dalam pemikiran mereka.

“Baru ini kita tengok kes seorang remaja yang didakwa mencuri tabung masjid dan lihat cara bagaimana dia dimalukan. Saya tidak rasa, itu cara masyarakat kita patut layan mereka. Penagihan perlu ditangani sebagai satu masalah perubatan,” katanya.

Beliau berkata pada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Mengakhiri AIDS Melalui Kerjasama Pintar Kerajaan-NGO atau secara ringkasnya GO-NGO Model KK 2.0 Peringkat Kebangsaan, semalam.

Khairy menjelaskan perkara itu dibangkitkan beliau susulan pendekatan yang dilaksanakan oleh badan bukan kerajaan khususnya Majlis AIDS Malaysia (MAM) melalui program itu sedikit sebanyak berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap mereka yang hidup dengan HIV-AIDS.

Jelasnya melalui pelancaran inisiatif 2.0, pihaknya dengan kerjasama NGO juga telah pergi ke lapangan dan memberi pendedahan kepada golongan rentan khususnya agar maklumat berhubung risiko dan rawatan itu dapat disampaikan.

Menerusi program kerjasama itu, ia membolehkan NGO untuk turut sama beroperasi di klinik kesihatan (KK) untuk membantu mengukuhkan program pengurangan mudarat kepada pesakit HIV-AIDS di mana KK Pandamaran, Klang dipilih untuk melaksanakan program tersebut dengan kerjasama MAM.

Jelasnya dengan pemerkasaan komuniti dan NGO itu juga, KKM berharap dapat mengakhiri AIDS pada 2030 melalui Pelan Strategik Kebangsaan bagi Mengakhiri AIDS 2016-2030.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.