- Iklan -
Berita

Dr Mahathir semakin pulih, sempat berseloroh, kata keluarga

Selera makan bekas perdana menteri itu juga sudah semakin baik.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Keadaan kesihatan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menunjukkan peningkatan dan sudah mula berseloroh dengan ahli keluarga, kata anak sulungnya Marina Mahathir.

Ramai yang melahirkan rasa bimbang berhubung kesihatan bekas perdana menteri berusia 96 tahun itu selepas beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) baru–baru ini.

Bagaimanapun, Marina berkata selera makan bapanya juga bertambah baik sambil berterima kasih kepada orang ramai kerana mendoakan kesihatan pemimpin veteran itu.

“Mahathir berserta keluarga, berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar beliau segera pulih.

“Beliau juga memohon agar orang ramai tidak terlalu bimbang mengenai keadaan kesihatannya,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata Mahathir masih berada di bawah pengawasan pakar di IJN ketika ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak IJN masih tidak membenarkan pelawat selain daripada keluarga terdekat.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.