- Iklan -
Berita

Kajian dapati rangsangan Sinovac meningkat dengan dos penggalak Pfizer, AstraZeneca dan J&J

Menurut penyelidik Universiti Oxford, Sinovac menerima rangsangan paling ketara daripada vektor virus atau suntikan RNA, termasuk terhadap pesakit varian Delta dan Omicron.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Vaksin Sinovac diluluskan di lebih 50 negara termasuk Brazil, China, Argentina, Afrika Selatan, Oman, Malaysia, Indonesia dan Turki.
Vaksin Sinovac diluluskan di lebih 50 negara termasuk Brazil, China, Argentina, Afrika Selatan, Oman, Malaysia, Indonesia dan Turki.

Kajian Universiti Oxford mendapati dos penggalak vaksin Covid-19 menggunakan vaksin AstraZeneca, Pfizer-BioNTech atau Johnson & Johnson meningkatkan tahap antibodi mereka yang telah menerima dua dos suntikan Sinovac.

Menurut kajian tersebut, Sinovac menerima rangsangan paling ketara daripada vektor virus atau suntikan RNA, termasuk terhadap pesakit varian Delta dan Omicron, kata penyelidik dari Brazil dan Universiti Oxford pada hari Isnin.

Vaksin Sinovac yang dikeluarkan China menggunakan versi strain koronavirus yang tidak aktif atau mati yang diasingkan daripada pesakit di China.

Ia kini diluluskan di lebih 50 negara termasuk Brazil, China, Argentina, Afrika Selatan, Oman, Malaysia, Indonesia dan Turki.

“Kajian ini menyediakan pilihan penting untuk penggubal dasar di banyak negara yang menggunakan vaksin yang tidak diaktifkan (Sinovac),” kata Andrew Pollard, pengarah Oxford Vaccine Group yang merupakan ketua kajian tersebut.

Bagaimanapun, satu lagi kajian pada Disember lalu mendapati suntikan dua dos Sinovac diikuti dengan dos penggalak vaksin Pfizer-BioNTech menunjukkan tindak balas imun yang lebih rendah terhadap varian Omicron berbanding strain lain.

Vaksin vektor virus seperti yang dibangunkan oleh AstraZeneca-Oxford dan J&J menggunakan versi virus yang dilemahkan bagi menyampaikan protein daripada virus itu terhadap virus yang memerlukan perlindungan.

Vaksin mRNA Pfizer mengajar tubuh cara membuat antibodi terhadap jangkitan melalui isyarat kimia.

Menurut kajian itu, dos ketiga Sinovac juga dapat meningkatkan antibodi tubuh, namun hasilnya didapati lebih baik ketika vaksin berbeza digunakan.

Kajian terbaru itu melibatkan 1,240 sukarelawan dari Sao Paulo, Brazil dan Salvador.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi