- Iklan -
Berita

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar menjelang Tahun Baru Cina

Orang ramai mengambil peluang pulang ke kampung halaman masing-masing bermula Jumaat lepas.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Lebuh raya utama ke utara dan selatan tanah air terkawal menjelang perayaan Tahun Baru Cina esok.
Lebuh raya utama ke utara dan selatan tanah air terkawal menjelang perayaan Tahun Baru Cina esok.

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar dan terkawal menjelang sambutan Tahun Baru Cina esok.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata setakat 11.35 pagi ini, aliran trafik menuju utara dan selatan negara lancar berikutan orang ramai mengambil peluang pulang ke kampung halaman masing-masing bermula Jumaat lepas.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, LPT 2, plaza tol Sungai Besi dan Skudai juga lancar di kedua-dua arah.

“Terdapat insiden pokok tumbang di kilometer 31 arah utara Kulai-Sedenak, hanya lorong kecemasan terhalang,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.