Agensi kastam Amerika Syarikat (AS) menguatkuasakan larangan import terhadap syarikat pembuat sarung tangan YTY Industry Holdings Sdn Bhd (YTY Group) selepas disyaki menjalankan amalan buruh paksa dalam operasinya, menjadikan ia sebagai syarikat ketujuh dari Malaysia dikenakan sekatan serupa sejak dua tahun lalu.
Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS berkata pada Jumaat tindakan tersebut diambil “berdasarkan maklumat yang menunjukkan wujud amalan buruh paksa dalam operasi pembuatan YTY Group”.
Bagaimanapun, syarikat itu tidak memberikan sebarang maklum balas setakat ketika dihubungi.
Kilang di Malaysia yang menjadi pembekal utama bagi produk minyak sawit dan sarung tangan perubatan kini mejadi perhatian dalam siasatan berikutan dakwaan salah guna tenaga buruh melibatkan warga asing di mana ia memberi sumbangan penting dalam industri pembuatan.
CBP berkata ia telah mengenal pasti tujuh daripada 11 garis panduan atau indikator Pertubuhan Buruh Antarabangsa yang menunjukkan wujud amalan buruh paksa sepanjang siasatan terhadap YTY Group, termasuk intimidasi, ancaman, ikatan hutang, keadaan kerja dan kehidupan yang tidak kondusif selain kerja lebih masa yang melampau.
Agensi itu juga turut memutuskan bahawa pengeluar minyak sawit Sime Darby Plantation Bhd melakukan amalan buruh paksa dalam operasinya dan barangan keluaran syarikat itu kini boleh disita.
Berkuat kuasa pada Jumaat depan, agensi tersebut akan mullah menyekat barangan buatan YTY dari Malaysia selain syarikat di bawahnya termasuk, YTY Industry Sdn Bhd, Green Prospect Sdn Bhd dan GP Lumut du semua pelabuhan AS.