- Iklan -
Berita

Lebih 11 juta dewasa terima dos penggalak, 50.8% lengkap 3 suntikan vaksin

Sementara itu, lapan kes kematian Covid-19 turut dilaporkan semalam.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan Hospital Orang Asli Gombak, melakukan persediaan vaksin ke dalam picagari ketika program vaksinasi Orang Asli di sekitar daerah Hulu Langat tahun lalu.
Petugas kesihatan Hospital Orang Asli Gombak, melakukan persediaan vaksin ke dalam picagari ketika program vaksinasi Orang Asli di sekitar daerah Hulu Langat tahun lalu.

Sejumlah 11,889,785 individu dewasa atau 50.8% daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data di laman sesawang CovidNow seramai 22,924,199 individu dewasa atau 97.9% telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, manakala 99.1% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,787,942 atau 88.6% telah melengkapkan vaksinasi sementara 2,867,585 atau 91.1% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 78,731 dos vaksin diberikan melibatkan 510 dos pertama, 728 dos kedua dan 77,493 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,466,293 dos.

Sementara itu, menurut portal Github kementerian kesihatan (KKM), lapan kematian Covid-19 dilaporkan semalam dengan dua dicatatkan di Johor, tiga di Perak, dan masing-masing satu kematian di Melaka, Pahang dan Terengganu.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi