- Iklan -
Berita

Jet pejuang UK pintas 4 pesawat Rusia di Scotland

Ia turut mengiringi pesawat Rusia itu keluar dari kawasan kepentingan United Kingdom.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Tangkap layar pesawar tempur Rusia Tupolev Tu-95 Bear H yang dipintas jet pejuang United Kingdom di Scotland. Gambar: Youtube
Tangkap layar pesawar tempur Rusia Tupolev Tu-95 Bear H yang dipintas jet pejuang United Kingdom di Scotland. Gambar: Youtube

Jet pejuang Tentera Udara Diraja Britain (RAF) pada Rabu “memintas dan mengiringi” empat pesawat tentera Rusia keluar dari kawasan kepentingan United Kingdom di luar pesisir pantai Scotland.

Jet pejuang Typhoon itu berlepas dari pangkalan Tentera Udara Diraja Lossiemouth di Moray dan turut disertai pesawat tangki pengisian minyak Voyager dari Tentera Udara Diraja Brize Norton di Oxfordshire, kata RAF dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.

“Jenis pesawat Rusia ialah Tupolev Tu-95 Bear H dan Tupolev Tu-142 Bear F,” katanya.

“Jet pejuang Typhoon kami mengiringi pesawat Rusia itu keluar dari kawasan kepentingan UK dan tanah berdaulat UK.”

Operasi itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak antara Rusia dan kuasa Barat berhubung penempatan tentera Rusia di sepanjang sempadan Ukraine.

Pada Rabu, Perdana Menteri Britain Boris Johnson menyatakan beliau “amat bimbang” dengan “tindakan bermusuhan semasa” Rusia di sempadan Ukraine dalam satu perbualan telefon dengan Presiden Rusia Vladimir Putin.

Johnson menggesa satu penyelesaian yang menghormati integriti wilayah Ukraine dan hak negara itu untuk mempertahankan diri, menurut jurucakap Downing Street.

“Perdana menteri menegaskan bahawa sebarang pencerobohan Rusia ke wilayah Ukraine akan mencetuskan salah faham yang tragik,” tambah jurucakap itu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.