- Iklan -
Berita

KPT tanggung bayaran UPUOnline semua pemohon sesi 2022/2023

Permohonan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam dan institusi latihan kemahiran awam boleh dibuat terus di laman sesawang upu.mohe.gov.my.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pandemik Covid-19 yang melanda negara memaksa pelajar sama ada di universiti dan sekolah menggunakan internet dan peranti dalam pembelajaran mereka. Gambar: Bernama
Pandemik Covid-19 yang melanda negara memaksa pelajar sama ada di universiti dan sekolah menggunakan internet dan peranti dalam pembelajaran mereka. Gambar: Bernama

Kementerian pengajian tinggi (KPT) bersetuju menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/Unik ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2022/2023.

Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad berkata melalui usaha itu, permohonan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) boleh dibuat terus di laman sesawang upu.mohe.gov.my.

Beliau berkata tempoh permohonan ditetapkan bermula esok (4 Februari) hingga 31 Mac ini bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM), asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), lepasan matrikulasi serta diploma atau setaraf.

“Kerajaan dan KPT khususnya amat prihatin akan kekangan serta kesan sekiranya pemohon diwajibkan membeli nombor pin Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membuat permohonan UPUOnline.

“Justeru, KPT berharap agar keputusan ini dapat meringankan beban dan melancarkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah,” katanya dalam kenyataan.

Pada tahun lepas, KPT bersetuju untuk memberi pengecualian bayaran itu kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.