- Iklan -
Berita

Kes harian meningkat lepasi 7,200 jangkitan

Sebanyak 2,895,014 kes Covid-19 direkodkan dalam negara setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dua penduduk kampung bersama seorang kanak-kanak berehat di sebuah pondok yang dibina di tepi laut di Kampung Jambu Bongkok, Marang.
Dua penduduk kampung bersama seorang kanak-kanak berehat di sebuah pondok yang dibina di tepi laut di Kampung Jambu Bongkok, Marang.

7,234 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,895,014 kes.

5,254 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,799,608.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 118 kes di mana 81 daripadanya disahkan Covid-19.

- Iklan -

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 57 kes di mana 34 adalah kes Covid-19.

Dari 7,234 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 73 kes (1%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 7,161 kes (99%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.