- Iklan -
Berita

Ringgit dibuka sedikit mengukuh berbanding dolar AS pagi ini

Ringgit meningkat kepada 4.1800/1835 berbanding dolar AS dari 4.1835/1850.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lain pagi ini.
Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lain pagi ini.

Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, seiring dengan kenaikan harga minyak mentah.

Pada 9.11 pagi Jumaat, ringgit meningkat kepada 4.1800/1835 berbanding dolar AS dari 4.1835/1850 yang dicatatkan pada akhir urus niaga pada Khamis.

Setakat pagi Jumaat, harga minyak mentah Brent yang juga merupakan penanda aras global menokok 0.18% kepada AS$91.27 setong.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1104/1132 daripada 3.1007/1021 pada Khamis dan rendah berbanding euro kepada 4.7865/7905 dari 4.7207/7224, sebelum ini.

Berbanding pound Britain, unit tempatan itu susut kepada 5.6890/6937 dari 5.6716/6736 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6370/6400 dari 3.6458/6474.