- Iklan -
Berita

California tamatkan SOP pemakaian pelitup muka 15 Februari depan

Kadar kes California menurun sebanyak 65% sejak kemuncak Omicron.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Suasana Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, California pada 24 Mei 2021. Gambar: AFP
Suasana Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, California pada 24 Mei 2021. Gambar: AFP

Arahan pemakaian pelitup muka di negeri California AS akan tamat pada 15 Februari berikutan penurunan kadar kes Covid-19, lapor Sputnik.

“Kadar kes California menurun sebanyak 65% sejak kemuncak Omicron. Kemasukan ke hospital di seluruh negeri juga stabil. Tempoh keperluan pelitup muka di seluruh negeri akan tamat pada 15/2,” kata Gabenor Gavin Newsom pada hari Isnin menerusi ciapan di Twitter.

Newsom dalam tweet itu juga menggalakkan warga California untuk mendapatkan vaksin dan meningkatkan daya tahan terhadap Covid-19.

California pada Disember menjadi negeri pertama yang merekodkan lebih lima juta kes Covid-19 disebabkan penularan pantas varian Omicron.