- Iklan -
Berita

Tiada lagi PKP, kata MPN

Pengerusi MPN Muhyiddin Yassin berkata tiada lagi pertimbangan semula berhubung keputusan tersebut.

Azzman Abdul Jamal
1 minit bacaan
Kongsi
Suasana lengang ibu negara tanpa aktiviti sosial atau ekonomi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) di ibu negara.
Suasana lengang ibu negara tanpa aktiviti sosial atau ekonomi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) di ibu negara.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Muhyiddin Yassin hari ini sekali lagi menegaskan jaminan kerajaan tidak akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) walaupun kes harian Covid-19 melonjak berikutan penularan varian Omicron.

Menjawab soalan selepas sidang media hari ini, beliau berkata keputusan tersebut tidak akan dipertimbangkan semula.

“Tak boleh patah balik dah,” katanya.

“Saya fikir pengalaman yang sudah ada tu memadai untuk bantu kita menguruskan situasi kita.”

Malaysia menjalani beberapa peringkat PKP untuk membendung penularan Covid-19 sejak negara dilanda pandemik pada awal 2020.

Sekatan pergerakan tersebut menyebabkan operasi perniagaan ditutup sementara pekerja diarahkan untuk bekerja dari rumah manakala hanya beberapa sektor utama sahaja yang kekal beroperasi.

Operasi sekolah juga turut ditutup dan perjalanan rentas negeri pula dilarang, langkah itu kemudiannya dibatalkan pada Oktober tahun lalu.

Bulan lalu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak merancang untuk melaksanakan PKP sekali lagi bagi menyekat pergerakan dan perniagaan.

Beliau turut berkata kelonggaran SOP akan mungkin akan diperluaskan selepas program vaksinasi kebangsaan termasuk pemberian dos penggalak selesai dijalankan.

Bagaimanapun beliau berkata kelonggaran itu akan bergantung dengan berpandukan nasihat KKM.