- Iklan -
Berita

DUN Sarawak lulus RUU perbekalan tambahan

RUU itu diluluskan selepas bacaan ketiga tanpa dibahaskan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Warga Kuching bersiar-siar di Waterfront, Sarawak dengan latar pemandangan bangunan Dewan Undangan Negeri.
Warga Kuching bersiar-siar di Waterfront, Sarawak dengan latar pemandangan bangunan Dewan Undangan Negeri.

Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2021) 2022 untuk perbelanjaan tambahan sebanyak RM478,843,946 pada 2021.

RUU itu dibentangkan Timbalan Ketua Menteri Douglas Uggah Embas dan diluluskan selepas bacaan ketiga tanpa dibahaskan.

Uggah berkata perbelanjaan tambahan itu bagi menampung kos pelbagai perkhidmatan yang ditanggung beberapa kementerian dan jabatan yang dana tidak disediakan atau tidak mencukupi untuk anggaran 2021.

Antara kementerian dan jabatan yang terlibat ialah Jabatan Ketua Menteri, kementerian utiliti dan telekomunikasi, kementerian pengangkutan, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar, Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan.

Selain itu, RUU itu juga bagi kelulusan Anggaran Tambahan Pertama Perbelanjaan Pembangunan bagi peruntukan tambahan sebanyak RM81,608,762.

Terdahulu, DUN turut menyaksikan upacara mengangkat sumpah Adun Piasau Sebastian Ting yang tidak dapat menghadiri upacara itu Isnin lepas kerana dikuarantin ketika itu setelah menjadi kontak rapat kes Covid-19.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.