- Iklan -
Berita

‘Raja Disko Bollywood’ Bappi Lahiri meninggal dunia di usia 69 tahun

Lahiri menghidap beberapa isu kesihatan dan meninggal dunia di Mumbai India pada Selasa.

AFP
2 minit bacaan
Kongsi
Pencipta lagu India Bappi Lahiri. Gambar: AFP
Pencipta lagu India Bappi Lahiri. Gambar: AFP

Penyanyi dan pencipta lagu Bappi Lahiri yang terkenal dengan julukan “Raja Disko” Bollywood meninggal dunia pada usia 69 tahun, kata keluarganya pada Rabu.

Ucapan takziah daripada ahli politik dan selebriti negara itu turut menyusuli kematian beliau di media sosial.

Lahiri yang berasal dari Bengal Barat dilahirkan dalam sebuah keluarga muzik. Sepanjang kariernya beliau pernah bekerjasama dengan artis rap terkenal Snoop Dog dan Samantha Fox.

Terkenal sering menggayakan rantai emas dan kaca mata hitamnya beliau disebut sebagai artis yang mempopularkan muzik disko di India.

Beliau juga bekerjasama dengan Fox pada tahun 1995 bagi filem Hindi “Rock Dancer” dan Snoop Dogg bagi lagu Punjabi “Patiala Peg” pada 2015.

Dalam sebuah kenyataan, keluarga Lahiri berkata kematian beliau adalah “saat yang sangat menyedihkan”.

“Kami mendoakan rahmat ke atas rohnya,” kata isteri Lahiri dan dua anaknya.

Lahiri menderita “beberapa isu kesihatan” dan meninggal duina di Mumbai semalam, kata pengarah CritiCare Hospital Deepak Namjoshi.

Beliau juga baru sahaja dibenarkan pulang selepas dimasukkan ke hospital pada Isnin, kata Namjoshi kepada Press Trust India.

Bagaimanapun beliau dimasukkan semula ke hospital pada Isnin selepas keadaan kesihatannya semakin buruk.

“Beliau meninggal dunia disebabkan penyakit gangguan tidur (OSA) sebelum tengah malam tadi,” katanya.
Lahiri juga turut terkenal dengan lagu-lagu hit pada 1970-an dan 80-an seperti “Chalte Chalte”, “Disco Dancer” dan “Sharaabi”.

Pada awal 2000-an, beliau memenangi kes tuntutan hakcipta terhadap penerbit lagu rap Dr Dre kerana menggunakan sebahagian daripada lagunya.

Dalam satu ciapan Twitter, Perdana Menteri Narendra Modi juga turut berkata muzik Lahiri “merangkumi semua masyarakat, dan menghadirkan pelbagai emosi dengan indah” dan “orang ramai dari semua generasi dapat menikmati kerja seninya”.

Pencipta lagu yang memenangi Oscar AR Rahman turut mengucapkan takziah dan menggelar Lahiri sebagai “Raja Disko sinema Hindi”.

Aktor Bollywood Akshay Kumar turut berkata suara Lahiri “mencetuskan rasa bagi jutaan orang untuk menari termasuk saya”.

“Terima kasih di atas kegembiraan yang anda hadirkan melalui muzik yang anda hasilkan,” katanya dalam sebuah ciapan Twitter.