Jika PN menang, Muhyiddin tawar jadi penasihat ekonomi Johor
Muhyiddin berhasrat membantu ekonomi Johor yang terjejas akibat wabak Covid-19 dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
Terkini
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menawarkan diri sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.
Bekas perdana menteri dan menteri besar Johor itu berkata, beliau berhasrat membantu ekonomi negeri itu yang terjejas akibat wabak Covid-19 dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menyediakan latihan kemahiran.
“Saya akan bantu Johor. Siapa pun yang bakal dipilih sebagai menteri besar, dia adalah orang yang layak,” katanya pada Majlis Pelancaran Jentera PRN Johor bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh dan Endau di Mersing, lewat malam tadi.
Sementara itu, presiden Bersatu itu berkata kesemua bakal calon yang dipilih mewakili PN pada PRN Johor perlu mengangkat sumpah bagi memastikan mereka bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Katanya amalan tersebut yang telah dipraktikkan pada PRN Melaka akan memastikan gabungan parti komponen di bawah PN termasuk PAS dan Gerakan itu menjadi sebuah platform politik yang lebih baik dalam memastikan negara bebas daripada pelbagai bentuk penyelewengan.
Program yang berlangsung di Felda Tenggaroh 3 di Mersing itu turut dihadiri Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Johor Abdullah Husin, Presiden Gerakan Dominic Lau dan Ahli Parlimen Mersing Dr Abd Latiff Ahmad.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.