Lebih 300,000 warga emas dijangkiti Covid-19, kata KP kesihatan
Jumlah kematian melibatkan kumpulan itu pula adalah sebanyak 61.3% atau 19,646 kes.
Terkini
Sebanyak 336,848 warga emas atau 11.5% daripada golongan itu di negara ini telah dijangkiti Covid-19 sehingga 7 Februari lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata jumlah kematian melibatkan kumpulan itu pula adalah sebanyak 61.3% atau 19,646 kes daripada keseluruhan 32,034 kes direkodkan bagi tempoh yang sama.
“Bagi suntikan vaksinasi pula, seramai 2,258,521 atau 67.7% warga emas telah menerima dos penggalak dan 3,335,309 atau 96% daripada populasi tersebut telah lengkap dua dos vaksinasi Covid-19.
“Lindungi warga emas daripada jangkitan Covid-19, lengkapkan vaksinasi dan dos penggalak,” katanya.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.