- Iklan -
Berita

Dr Mahathir mula kayuh ‘gerek’

Bekas perdana menteri itu dilihat gembira dapat bersukan selepas beransur pulih daripada sakit teruk.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dr Mahathir Mohamad mengayuh basikal di sekitar Tasik Putrajaya pagi tadi. Gambar: Twitter Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir Mohamad mengayuh basikal di sekitar Tasik Putrajaya pagi tadi. Gambar: Twitter Dr Mahathir Mohamad

Dr Mahathir Mohamad dilihat mula bersukan di Putrajaya selepas baru-baru ini dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani rawatan selepas sakit tenat.

Dalam ciapan Twitternya bersama sebuah gambar, bekas perdana menteri sebanyak dua kali itu dilihat gembira dapat mengayuh basikal bersama pembantu-pembantunya di Putrajaya.

“Di Tasik Putrajaya pagi tadi, kayuh semula selepas beberapa bulan tak dapat kayuh gerek (basikal),” katanya.

“Saya tengok ramai yang amal gaya hidup sihat, Alhamdulillah.”

Baru-baru ini beliau tampil di media sosial selepas kira-kira sebulan menjalani rawatan mengatakan mengalami sakit yang “amat teruk” ketika berada di IJN.

“Saya telah pulih daripada satu penyakit yang bagi saya amat teruk, adakalanya saya tak harap nak pulih.

“Namun Alhamdulillah, dengan rawatan yang saya dapat dari IJN, saya pulih,” kata Mahathir yang bakal berusia 97 tahun pada Julai dalam sebuah video 9 Februari lalu.

Mahathir dimasukkan sekali lagi ke IJN pada bulan lepas selepas menjalani prosedur elektif pada 7 Januari.

Sebelumnya, beliau dimasukkan ke IJN pada Disember di mana beliau menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan.

Beliau juga pernah dimasukkan ke IJN pada 2013 dan 2016 bagi rawatan jangkitan paru-paru.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.