- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 31,100 jangkitan, 55 lagi terkorban

277,829 kes aktif turut direkodkan, dengan 265,339 atau 95.5% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Sampel swab seorang penduduk Lembah Pantai, Kuala Lumpur diambil petugas kesihatan untuk disaring bagi Covid-19.
Sampel swab seorang penduduk Lembah Pantai, Kuala Lumpur diambil petugas kesihatan untuk disaring bagi Covid-19.

31,199 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,305,157 kes.

Sebanyak 20,399 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,994,840.

Ketika ini, 277,829 kes aktif turut direkodkan, dengan 265,339 atau 95.5% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 4,460  (1.6%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 7,725 (2.8%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 305 kes dan 191 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 60.3% dengan kes Covid-19 merangkumi 36.4%.

55 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 23 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 32,488 orang.