- Iklan -
Berita

Kes harian turun ke paras 27,000 jangkitan, 43 lagi terkorban

298,976 kes aktif turut direkodkan, dengan 286,959 atau 96.0% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai berkunjung ke Pasar Ampang untuk membeli barang keperluan sambil memakai pelitup muka bagi melindungi diri daripada wabak.
Orang ramai berkunjung ke Pasar Ampang untuk membeli barang keperluan sambil memakai pelitup muka bagi melindungi diri daripada wabak.

27,299 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,395,170 kes.

Sebanyak 22,710 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,063,560.

Ketika ini, 298,976 kes aktif turut direkodkan, dengan 286,959 atau 96.0% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 3,758  (1.3%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 7, 911 (2.6%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 348 kes dan 203 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 60.8% dengan kes Covid-19 merangkumi 41.1%.

43 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 13 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 32,634 orang.