- Iklan -
Berita

SPRM mohon bantuan DoJ dalam siasatan bekas bos Astro

Azam Baki berkata AS$10 juta aset Rohana Rozhan telah dibekukan.

Azzman Abdul Jamal
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pada sidang media hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pada sidang media hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata hari ini pihaknya akan memohon bantuan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan maklumat lanjut dalam siasatan kes bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Astro Rohana Rozhan susulan pendedahan yang dibuat bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner baru-baru ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki turut mengesahkan aset bernilai AS$10 juta milik Rohana disita.

“Kami sudah membeku aset bernilai AS$10 juta dan akan terus mengumpul maklumat lanjut dari US,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

“Kami akan memanggilnya semula sekiranya perlu untuk merakan kenyataan. Buat masa ini, kes tersebut masih dalam siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.”

Tambah beliau, SPRM akan memanggil lagi beberapa individu, namun nama-nama mereka tidak boleh didedahkan buat masa ini.

Sebelum ini MalaysiaNow melaporkan SPRM mengeluarkan perintah pembekuan aset dan akaun bank milik Rohana ketika memulakan siasatan terhadap Leissner yang mengatakan bahawa dirinya diugut untuk membelikan sebuah rumah bernilai AS$10 juta di London.

Pada 24 Februari, Rohana dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM di Kuala Lumpur bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan.

Ditanya mengenai dakwaan Leissner, Azam bagaimanapun enggan mengulas lanjut, memandangkan kes tersebut kini dalam proses perbicaraan di mahkamah AS.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.