32,467 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,528,557 kes.
Sebanyak 27,629 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,197, 298.
Ketika ini, 298,231 kes aktif direkodkan, dengan 286,097 atau 95.9% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.
Dalam pada itu, 3,457 (1.2%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 8,322 (2.8%) dimasukkan ke hospital.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 355 kes dan 208 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 59.7% dengan kes Covid-19 merangkumi 40.5%.
86 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 28 kes kematian sebelum tiba ke hospital.
Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 33,028 orang.