- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 33,400 jangkitan, 67 lagi korban

311,206 kes aktif direkodkan dan 95.9% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengunjung kuil Sri Subramaniar memakai pelitup muka ketika memberi makan sekawan burung di Batu Caves bagi melindungi diri daripada wabak Covid-19.
Pengunjung kuil Sri Subramaniar memakai pelitup muka ketika memberi makan sekawan burung di Batu Caves bagi melindungi diri daripada wabak Covid-19.

33,406 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,595,172 kes.

Sebanyak 27,143 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,250,793.

Ketika ini, 311,206 kes aktif direkodkan, dengan 298,532 atau 95.9% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 3,588  (1.2%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 8,715 (2.8%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 371 kes dan 226 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 60% dengan kes Covid-19 merangkumi 42%.

67 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 23 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 33,173 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.