- Iklan -
Berita

4 warga Malaysia masih berada di Ukraine

Perwakilan Malaysia di negara-negara berdekatan Ukraine sentiasa berhubung rapat dengan warganegara Malaysia yang masih berada di Ukraine.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Warga Ukraine menunggu giliran untuk masuk ke Romania selepas merentasi Sungai Danube di sempadan Isaccea-Orlivka antara Romania dan negara yang sedang bergolak itu pada 25 Februari. Gambar: AFP
Warga Ukraine menunggu giliran untuk masuk ke Romania selepas merentasi Sungai Danube di sempadan Isaccea-Orlivka antara Romania dan negara yang sedang bergolak itu pada 25 Februari. Gambar: AFP

Empat warganegara Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan besar Malaysia di Kyiv masih berada di Ukraine, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata pihak kedutaan melalui perwakilan Malaysia di negara-negara berdekatan Ukraine terutamanya di Warsaw, Poland sentiasa berhubung rapat dengan warganegara Malaysia yang masih berada di Ukraine.

“Pihak kedutaan sentiasa bersedia untuk membantu sekiranya mereka berhasrat untuk keluar dari Ukraine. Bantuan yang diberikan termasuk memudah cara urusan kemasukan di sempadan-sempadan negara berkaitan.

“(Ini termasuk) urusan dokumentasi, contohnya pengeluaran sijil perakuan cemas bagi mereka yang memerlukan, menjaga dan memastikan keadaan kebajikan mereka sentiasa terpelihara dan urusan lain yang berkenaan,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) yang bertanyakan sama ada kerajaan menyedari jumlah rakyat Malaysia yang terkandas di Ukraine serta jenis bantuan yang telah dan akan disalurkan kepada mereka.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.