- Iklan -
Berita

Kes harian turun ke paras 26,800 jangkitan, 77 lagi korban

304,304 kes aktif direkodkan dan 95.9% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang remaja bermain papan selaju di dataran Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah. Orang ramai boleh berekreasi dengan mematuhi SOP di bawah Pelan Pemulihan Negara.
Seorang remaja bermain papan selaju di dataran Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah. Orang ramai boleh berekreasi dengan mematuhi SOP di bawah Pelan Pemulihan Negara.

26,856 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,649,463 kes.

Sebanyak 30,726 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,311,854.

Ketika ini, 304,304 kes aktif direkodkan, dengan 291,827 atau 95.9% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 3,373  (1.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 8,736 (2.9%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 368 kes dan 223 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 58.8% dengan kes Covid-19 merangkumi 41.6% daripadanya.

77 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 26 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 33,305 orang.