30,246 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,680,953 kes.
Sebanyak 26,653 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,367,542.
Ketika ini, 310,160 kes aktif direkodkan, dengan 297,924 atau 96.1% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.
Dalam pada itu, 3,278 (1.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 8,570 (2.8%) dimasukkan ke hospital.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 388 kes dan 225 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 59.6% dengan kes Covid-19 merangkumi 43.8% daripadanya.
113 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 41 kes kematian sebelum tiba ke hospital.
Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 33,497 orang.