- Iklan -
Berita

Peratusan keluar mengundi rendah, BN bakal menang besar di Johor

Setakat pukul 4 petang tadi, hanya 50% pengundi keluar membuang undi.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pegawai SPR membawa peti undi di pusat kiraan undi Perling, Johor.
Pegawai SPR membawa peti undi di pusat kiraan undi Perling, Johor.

Barisan Nasional (BN) kini sedang menunggu saat untuk menyambut satu lagi kemenangan dalam pilihan raya negeri (PRN) susulan peratusan keluar mengundi yang rendah di Johor hari ini, di mana keputusan tidak rasmi menunjukkan gabungan itu mendahului kemenangan di 42 dari 56 kerusi yang dipertandingkan setakat 8.40 malam, menurut gabungan itu.

Setakat 4 petang tadi, hanya 50% dari pengundi Johor keluar membuang undi, sebuah keadaan yang dijangka penganalisis akan memudahkan laluan BN untuk menang dalam PRN yang diadakan hari ini.

Pengundian bermula pada pukul 8 pagi tadi dan ditutup pada 6 petang di lebih 1,000 pusat mengundi di seluruh negeri itu.

Pada PRN kali ini, 2.5 juta pengundi Johor layak untuk mengundi.

Kira-kira 87% pengundi awal yang terdiri daripada anggota pasukan keselamatan dan pasangan mereka menjalankan tanggungjawab mereka pada 8 Mac lalu.

Pada PRN kali ini juga, 239 calon dari 15 parti bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) telah berjaya menawan Johor dengan kemenangan di 36 kerusi DUN.

DAP memenangi 14 kerusi, Amanah (sembilan), PKR (lima) dan Bersatu yang ketika itu merupakan parti komponennya memenangi lapan kerusi.

Manakala BN memenangi 19 kerusi dan PAS memenangi satu kerusi.

Bagaimanapun, kerajaan PH di Johor tumbang selepas Bersatu keluar dari PH di peringkat pusat pada Februari 2020.

Bersatu kemudiannya bekerjasama dengan BN dan PAS bagi membentuk kerajaan di Johor dengan 29 kerusi di DUN.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.