- Iklan -
Berita

Wanita positif Covid-19 dikompaun kerana hadir di tempat mengundi

Siasatan awal JKN Johor mendapati wanita itu positif Covid-19 Kategori Dua.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita membuang undi di pusat pengundian  SK Ismail 1, Johor.
Seorang wanita membuang undi di pusat pengundian SK Ismail 1, Johor.

Seorang wanita yang positif Covid-19 dikenakan kompaun kerana hadir di tempat mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Dewan Kampung Melayu hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Johor Dr Aman Rabu berkata siasatan awal pihaknya mendapati wanita itu positif Covid-19 Kategori Dua.

Wanita berkenaan dikenakan kompaun pada 11.45 pagi oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi kesalahan pengundi positif Covid-19 hadir di tempat mengundi.

“Pihak JKN sentiasa komited menjalankan pemantauan prosedur operasi standard Pilihan Raya Negeri Johor. Kami ingin mengingatkan bahawa individu positif (Covid-19) adalah dilarang untuk keluar dari tempat isolasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Aman berkata kegagalan mematuhi arahan itu boleh dikenakan kompaun mengikut Peraturan16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2021.

Dewan Kampung Melayu adalah antara pusat mengundi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Larkin.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.