- Iklan -
Berita

9 ditahan jual syabu rampasan agensi penguat kuasa bernilai RM193,590

Sembilan penjawat awam itu ditahan di Putrajaya pada awal Mac.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Sindiket itu menjual dadah berkenaan bagi pasaran Dumai, Indonesia. Gambar: AFP
Sindiket itu menjual dadah berkenaan bagi pasaran Dumai, Indonesia. Gambar: AFP

Sembilan penjawat awam sebuah agensi penguat kuasa antara 10 individu ditahan kerana disyaki terlibat pengedaran syabu yang dianggarkan bernilai RM193,590.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Ayob Khan Mydin Pitchay berkata sembilan penjawat awam itu ditahan di Putrajaya manakala seorang nelayan di Johor pada 6 hingga 8 Mac lepas.

Kesemua suspek yang ditahan berumur lingkungan 33 hingga 49 tahun itu menggunakan modus operandi menjual semula 50 kilogram syabu yang dirampas dalam satu operasi di perairan Selat Melaka untuk pengedar di utara semenanjung.

“Sembilan penjawat awam berkenaan menjual semula dadah yang dirampas kepada sindiket yang bergerak aktif di Banting, Selangor untuk pasaran di Dumai, Indonesia

“Sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak pertengahan Februari lepas,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman.