- Iklan -
Berita

Tindakan Israel perluas penempatan jejas peluang bina semula Palestin, kata Ishtaye

Menurut perdana menteri Palestin itu, penyelesaian dua negara tidak akan dicapai melalui rundingan 'kerana kerajaan Israel enggan berunding'.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Warga Palestin berjalan di hadapan deretan kedai Tebing Barat, Ramallah pada Disember 2021. Gambar: AFP
Warga Palestin berjalan di hadapan deretan kedai Tebing Barat, Ramallah pada Disember 2021. Gambar: AFP

Tindakan rejim Israel menjejaskan peluang membina kembali negara Palestin, termasuk peluasan penempatan rakyatnya, kata Perdana Menteri Palestin Mohammed Ishtaye pada Ahad.

Realitinya keadaan semakin merosot, dan penyelesaian dua negara tidak akan dicapai melalui rundingan “kerana kerajaan Israel enggan berunding,” kata Ishtaye ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan di Ramallah, menurut kenyataan rasmi.

Perdana Menteri Israel Naftali Bennett sebelum ini mengumumkan kerajaannya tidak akan mengadakan sebarang perbincangan dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, pihak berkuasa Palestin atau pegawainya, lapor Xinhua.

Rundingan damai antara Israel dan Palestin, yang ditaja Amerika Syarikat selama sembilan bulan, terhenti pada 2014 berikutan perbezaan ketara berhubung isu membabitkan penempatan Yahudi dan pengiktirafan negara Palestin.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.