- Iklan -
Berita

Maklumat media berperanan dalam usaha banteras rasuah, kata KP SPRM

Azam Baki berkata berita dan artikel di media cetak, radio dan televisyen membantu dari segi pendidikan, pengajaran, amaran mahupun pembongkaran kes rasuah.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki.

Maklumat disampaikan media memainkan peranan besar dalam usaha membanteras rasuah, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.

Beliau berkata maklumat dalam bentuk berita, rencana, artikel di media cetak, radio dan televisyen membantu dari segi pendidikan, pengajaran, amaran mahupun pembongkaran kes rasuah.

“Media juga menjadi perantara bagi pihak berkuasa dan masyarakat untuk menyampaikan maklumat yang sahih dan berguna.

“Aliran maklumat yang sahih dan membina adalah teras sebuah masyarakat dan negara berintegriti, maju dan berkembang,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam SPRM bersama Kelab Media Johor malam tadi.

Turut hadir Pengarah SPRM Johor Azmi Alias dan Presiden Kelab Media Johor Mohamad Fauzi Ishak.

Azam berkata media juga dikenali sebagai the fourth estate, selepas badan eksekutif, legislatif, dan badan kehakiman, yang memainkan peranan check and balance (semak dan imbang) dengan memantau secara kritikal untuk mengimbangi kuasa dalam masyarakat.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.