- Iklan -
Berita

Kementerian kesihatan Quebec tanggung malu ciap laman porno

Kementerian kesihatan sedang menjalankan siasatan berkenaan insiden tersebut.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Kesilapan akaun Twitter kementerian kesihatan Quebec menciap kandungan porno mendapat pelbagai reaksi daripada warga net. Gambar: AFP
Kesilapan akaun Twitter kementerian kesihatan Quebec menciap kandungan porno mendapat pelbagai reaksi daripada warga net. Gambar: AFP

Kementerian kesihatan Quebec pada Khamis secara tidak sengaja menciap satu link yang sepatutnya membawa pengguna ke laman sesawang Covid-19 Kanada, namun sebaliknya menghantar pengguna ke laman sesawang Pornhub yang memaparkan “fetisy kaki”.

Ciapan tersebut dilihat telah dipadam kementerian selepas kesilapan tersebut disedari.

“Berikutan situasi mengjangkaui kawalan, satu link kandungan tidak sopan telah dihantar dalam akaun Twitter kami,” kata jurucakap kementerian dalam sebuah e-mel kepada AFP sambil menambah pihaknya sedang menyiasat perkara itu.

Kementerian kesihatan Quebec memiliki lebih dari 100,000 pengikut di Twitter.

Insiden memalukan tersebut turut mendapat pelbagai respons daripada warga net, di mana mereka dilihat memberikan reaksi terhibur atau tidak senang dengan perkara tersebut selain ada juga yang menjadikannya bahan ejekan.

Pornhub adalah laman sesawang porno paling kerap dilawati di dunia, ia berpangkalan di Montreal dan dimiliki oleh MindGeek.