- Iklan -
Berita

Ibu rayu selamatkan Nagaenthran dari tali gantung

Banduan OKU warga Malaysia Nagaenthran bakal menjalani hukuman mati minggu depan di Singapura.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Panchalai Supermaniam, ibu kepada banduan OKU di Singapura, Nagaenthran K Dharmalingam.
Panchalai Supermaniam, ibu kepada banduan OKU di Singapura, Nagaenthran K Dharmalingam.

“Nagaenthran. Selamatkan dia. Baru hati senang. Minta maaf dia sudah salah. Semua orang tolong.”

Itulah kata-kata daripada seorang ibu, Panchalai Supermaniam yang merayu agar anaknya warga Malaysia Nagaenthran K Dharmalingam diselamatkan daripada hukuman gantung di Singapura pada minggu depan.

Video pendek oleh pertubuhan hak asasi manusia, Reprieve, itu telah disiarkan oleh peguam Singapura M Ravi di hantaran Facebooknya.

“Baru sahaja menerima berita yang menyayat hati bahawa Nagaentran akan dihukum gantung pada Rabu depan,” katanya dalam satu lagi catatan sebelum ini.

Mahkamah Rayuan Singapura pada 29 Mac telah menolak permohonan terakhir Nagaenthran terhadap pelaksanaan hukuman.

Ravi telah memberikan bantuan teknikal kepada peguam Nagaentran, Violet Netto.

Nagaenthran berasal dari Perak, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 2010 atas kesalahan menyeludup 42.72 gram dadah jenis diamorphine.

Peguam Nagaenthran mendakwa anak guamnya kurang upaya daripada segi intelek.

Nagaenthran, dijadualkan menjalani hukuman itu pada 10 November 2021, tetapi mendapat perintah penangguhan sementara pada 9 Nov selepas mahkamah dimaklumkan dia didapati positif Covid-19 ketika hadir mengemukakan rayuan terakhirnya.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.