- Iklan -
Berita

Putrajaya umum tol percuma balik kampung sempena Hari Raya

Kos sebanyak RM77.11 juta akan ditanggung kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suasana lebuh raya PLUS utara-selatan. Pengguna jalan raya bakal menikmati diskaun dan tol percuma sempena Hari Raya Aidilfitri. Gambar: Bernama
Suasana lebuh raya PLUS utara-selatan. Pengguna jalan raya bakal menikmati diskaun dan tol percuma sempena Hari Raya Aidilfitri. Gambar: Bernama

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan tol percuma di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur sempena Aidilfitri bermula 30 April hingga 1 Mei.

Dalam kenyataannya hari ini, Ismail berkata kemudahan ini terpakai kepada semua kelas kenderaan di semua lebuh raya ini.

Tol percuma juga turut dinikmati pengguna lebuh raya dari 7 hingga 8 Mei bagi membolehkan mereka pulang ke rumah masing-masing.

Dalam pada itu, Ismail turut mengumumkan diskaun sebanyak 30 hingga 50% di lebuh raya utama yang lain termasuk Kesas, LDP dan NPE.

Ismail berkata keputusan tersebut dibuat selepas rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya.

Tol percuma dan diskaun tersebut memakan kos sebanyak RM77.11 juta di mana ia akan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat konsesi.

“Diharapkan dengan pemberian tol percuma dan diskaun tol sempena perayaan Aidilfitri pada tahun ini akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri bersama orang tersayang.”

Beliau berkata keputusan itu diambil selepas mengambil kita impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar rakyat Malaysia sebelum ini elain dapat mengurangkan beban pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.