- Iklan -
Berita

Moderna mohon FDA luluskan vaksin Covid untuk bayi

Setakat ini, kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah merupakan satu-satunya kumpulan yang tidak layak menerima vaksin Covid-19 di AS.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Moderna sedang mendapatkan kelulusan bagi vaksinasi terhadap bayi di Amerika Syarikat. Gambar: Reuters
Moderna sedang mendapatkan kelulusan bagi vaksinasi terhadap bayi di Amerika Syarikat. Gambar: Reuters

Moderna pada Khamis meminta Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat meluluskan kegunaan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun, lapor Xinhua.

Vaksin dua dos itu dilaporkan 51 peratus berkesan terhadap jangkitan varian Omicron pada bayi berumur enam bulan hingga dua tahun, dan 37 peratus berkesan untuk kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun, menurut Moderna.

Kanak-kanak lima tahun ke bawah merupakan satu-satunya kumpulan yang tidak layak menerima vaksin Covid-19 di Amerika Syarikat.

Jika diluluskan FDA, dua dos vaksin Moderna dengan sukatan 25 mikrogram akan diberikan selang empat minggu.

Jumlah dos yang diberikan adalah satu perempat daripada dos golongan dewasa.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.