1,503 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,449,507 kes.
Sebanyak 5,839 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,372,790.
Ketika ini 41,167 kes aktif direkodkan, dengan 39,995 atau 97.2% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.
Dalam pada itu, 29 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,074 (2.6%) dimasukkan ke hospital.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 69 kes dan 45 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 52.3% dengan kes Covid-19 merangkumi 9.3%.
Tiga korban turut dilaporkan termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,550 orang.