- Iklan -
Berita

Presiden AS tandatangan akta ‘lend-lease’ untuk bantuan ketenteraan ke Ukraine

Pentadbiran Biden menyalurkan lebih AS$3.8 bilion bantuan ketenteraan ke Ukraine sejak Rusia memulakan operasi ketenteraan ke atas negara itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Tentera AS ketika menunggu giliran di Fort Bragg, North Carolina sebelum ditempatkan di Eropah pada 14 Februari. Tentera dari Fort Bragg dihantar ke Eropah ketika konflik antara Rusia dan Ukraine meletus. Gambar: AFP
Tentera AS ketika menunggu giliran di Fort Bragg, North Carolina sebelum ditempatkan di Eropah pada 14 Februari. Tentera dari Fort Bragg dihantar ke Eropah ketika konflik antara Rusia dan Ukraine meletus. Gambar: AFP

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin menandatangani akta “lend-lease” bagi menyediakan bantuan ketenteraan kepada Ukraine, lapor Agensi Anadolu (AA).

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata AS menyokong rakyat Ukraine dalam perjuangan mempertahankan demokrasi dan negara.

Pentadbiran Biden telah menyalurkan lebih AS$3.8 bilion bantuan ketenteraan ke Ukraine sejak Rusia memulakan operasi ketenteraan ke atas negara itu pada 24 Februari dan telah meminta tambahan AS$33 bilion daripada kongres.

Biden mengakui bahawa kos untuk membantu Kyiv “bukanlah murah.”

“Setiap hari rakyat Ukraine berjuang untuk hidup mereka. Kos perjuangan bukanlah murah tetapi membiarkan pencerobohan adalah lebih mahal,” katanya.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.