- Iklan -
Berita

Status MN akan dimuktamadkan, kata Tok Mat

Menurut timbalan presiden Umno, keputusan mengenai Muafakat Nasional akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik dan mesyurat Majlis Tertinggi Umno.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berucap ketika merasmikan Wacana Aspirasi Umno di Menara Dato' Onn hari ini. Gambar: Bernama
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berucap ketika merasmikan Wacana Aspirasi Umno di Menara Dato' Onn hari ini. Gambar: Bernama

Kedudukan dan status kerjasama Umno-PAS dalam Muafakat Nasional (MN) akan dimuktamadkan selepas meneliti semua pandangan pimpinan parti di pelbagai peringkat, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Beliau berkata ketika ini, pelbagai kenyataan berhubung status Umno dalam MN yang dizahirkan pemimpin tertentu, disifatkannya sebagai hanya pandangan individu.

“Kita dah sampai surah terakhir…nak khatam atau tidak, tak tahulah. Jadi kita akan buat keputusan di peringkat parti. Nasihat saya adalah biar parti buat keputusan. Keputusan untuk ‘khatam’ akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik dan mesyurat Majlis Tertinggi Umno.

“Kepimpinan, presiden (Ahmad Zahid Hamidi) telahpun memberikan pandangan. Kita akan bincang pandangan dan nasihat ataupun apa yang dicakap oleh presiden dan juga pandangan-pandangan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Wacana Aspirasi Umno bertajuk “Menggalas Perjuangan, Mendepani Cabaran” di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini sempena sambutan penubuhan Umno ke-76.

Sebelum ini, Zahid dilaporkan berkata Umno perlu melupakan kerjasama dengan PAS melalui MN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), selain memberi bayangan mustahil kerjasama itu diteruskan jika PAS terus memperlihat sikap “talam dua muka”.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.