Sebanyak 976,336 atau 27.5% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.
Menurut laman web CovidNow, sebanyak 1,580,723 kanak-kanak atau 44.5% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,900,460 atau 93.2% telah lengkap vaksinasi manakala 2,998,074 atau 96.3% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Dalam masa sama, sejumlah 16,053,311 atau 68.2% golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,969,986 atau 97.6% telah lengkap dua dos dan 23,245,293 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 29,791 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 12,393 dos pertama, 14,168 dos kedua dan 3,230 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,510,766.
Sementara itu, menurut portal GitHub KKKM, sebanyak lapan kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan masing-masing dua kes dilaporkan di Johor, Kedah dan Pahang serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Perak.