- Iklan -
Berita

Malaysia gesa Israel bertanggungjawab pembunuhan wartawan Al Jazeera

Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata pembunuhan itu jelas memperlihatkan jenayah terus dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Wartawan Al Jazeera Shireen Abu Aqleh ditembak ketika membuat liputan serbuan tentera Israel di kem pelarian Jenin, Tebing Barat. Gambar: AFP
Wartawan Al Jazeera Shireen Abu Aqleh ditembak ketika membuat liputan serbuan tentera Israel di kem pelarian Jenin, Tebing Barat. Gambar: AFP

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan wartawan Shireen Abu Aqleh, di Jenin di wilayah diduduki di Tebing Barat.

Menteri Luar Saifuddin Abdullah dalam catatan Twitternya pada Khamis berkata pembunuhan itu amat tidak wajar dan kejam yang jelas memperlihatkan jenayah berterusan dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

“Israel mesti bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya.

Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga beliau dan rakyat Palestin, kata Saifuddin.

Shireen Abu Akleh, 51, bertugas sebagai wartawan Al Jazeera ditembak mati ketika membuat liputan serbuan Israel di bandar Jenin pada Rabu. Seorang lagi wartawan, Ali Al-Samoudi turut cedera ditembak, menurut kementerian kesihatan Palestin.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.