Gabungan Parti Sarawak (GOS) hari ini sekali lagi menegaskan keputusannya untuk tidak memberikan laluan kepada calon Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), walaupun hubungan GPS mempunyai hubungan yang mesra dengan parti semenanjung tersebut.
Sebaliknya, Pengerusi GPS Abang Johari Openg berkata gabungan itu akan bertanding di keseluruhan 31 kerusi Parlimen sekiranya PRU15 diumumkan.
“Kami tak akan bincang persoalan itu sehingga sampai pada waktunya,” katanya ketika ditanya mengenai gesaan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk mempertimbangkan calon-calon dari parti itu untuk bertanding di kerusi Parlimen Sarawak.
“Namun, GPS sudah tentu akan bertanding di seluruh 31 kerusi.”
Bersatu yang diketuai Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin ketika ini mewakili dua kerusi Parlimen di Sarawak: Puncak Borneo dan Saratok.
Kedua-dua kerusi itu diwakili bekas ahli PKR: Willie Mongin di Puncak Borneo dan Ali Biju di Saratok.
GPS yang terdiri dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu diketuai Abang Johari, Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif dilihat secara meluar sebagai “kingmaker” dalam politik persekutuan.
Sokongan daripada gabungan itu dan PAS dilihat sebagai penting dalam Langkah Sheraton di mana ia kemudiannya menggantikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan selepas PH tumbang pada Februari 2020.
Tahun lalu, Muhyiddin berkata persefahaman antara Bersatu dan Abang Johari yang merupakan premier Sarawak dicapai dalam perbincangan antara mereka beberapa minggu sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak Disember lalu.
Beliau berkata persefahaman itu termasuk Bersatu memberi laluan kepada GPS dengan tidak bertanding pada PRN Sarawak dan sebagai tukarannya, GPS akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15.
“Kami capai persefahaman bagi PRN, kami akan sokong GPS,” kata Muhyiddin.
“Abang Johari faham, dan dia kata bagi PRU, itu terbuka. Itulah apa yang dia kata.”