- Iklan -
Berita

Azmin lawat SpaceX menjelang pelancaran perkhidmatan Starlink di Malaysia

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata Malaysia mengalu-alukan kehadiran SpaceX dan Starlink di negara ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali diberi lawatan oleh wakil Starlink di kemudahan SpaceX. Gambar: Facebook
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali diberi lawatan oleh wakil Starlink di kemudahan SpaceX. Gambar: Facebook

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali hari ini bertemu dengan wakil Starlink yang merupakan syarikat berkait SpaceX dan turut dibawa melawat ke kemudahan pembuatan SpaceX dalam misi perdagangannya di Amerika Syarikat (AS).

Semasa kunjungannya, Azmin bertemu dengan Andrew Matlock, Jonathan Hofeller, Samuel Gibbs dan Rebecca Hunter dari Starlink.

Memuji visi syarikat tersebut yang mahu menyediakan akses internet melalui teknologi satelit, terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar, beliau berkata misi “Connecting the Unconnected” sejajar dengan matlamat Malaysia dalam usaha merapatkan jurang digital.

“Tujuan akhir (daripada usaha itu) adalah untuk mencapai sebuah masyarakat digital yang inklusif, tanpa meninggalkan sesiapa pun sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” katanya.

“Penyelesaian (yang ditawarkan) Starlink memberikan potensi besar kepada rakyat Malaysia, ia dapat meningkatkan akses kepada pendidikan, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan berkaitan internet, perkongsian maklumat yang pantas dan banyak lagi, sekali gus memupuk #KeluargaMalaysia yang lebih inklusif.

“Kami sangat mengalu-alukan kehadiran SpaceX dan Starlink di Malaysia bagi perkhidmatan internet satelit terbaik yang boleh dinikmati rakyat Malaysia untuk menjadi lebih produktif, inovatif, cekap dan berdaya saing, membolehkan kemudahan internet yang mantap untuk pengguna di seluruh negara.”

Starlink adalah perkhidmatan internet satelit di mana operasinya dijalankan syarikat yang diasaskan Elon Musk, SpaceX.

Ia menyediakan akses internet satelit ke lebih 30 buah negara.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.