- Iklan -
Berita

Mafi ingatkan pemain industri henti ‘main’ harga ayam

Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata masalah kekurangan bekalan ayam ketika ini tidak sepatutnya berlaku.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang pelanggan membeli ayam di Pasar Ampang, Kuala Lumpur.
Seorang pelanggan membeli ayam di Pasar Ampang, Kuala Lumpur.

Para pemain industri ternakan ayam di negara ini diingatkan supaya tidak meneruskan “percaturan dan permainan” harga melalui pengurangan bekalan ayam di pasaran dengan pelbagai alasan kerana tindakan itu sangat membebankan rakyat ketika ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata masalah kekurangan bekalan ayam di pasaran ketika ini tidak sepatutnya berlaku kerana pada asasnya, bekalan untuk pasaran tempatan adalah sangat mencukupi.

“Bila dikatakan berlaku bekalan ayam tidak mencukupi, ini bermaksud ada benda-benda tak betul yang wujud. Tidak dinafikan memang ada penyakit ayam dan beratnya tidak sesuai untuk dijual, namun situasi itu sentiasa berlaku sepanjang masa,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga sedang bekerjasama dengan kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna untuk meneliti mengapa perkara itu berlaku dan berharap pemain dalam industri ayam di negara ini dapat bersama-sama kerajaan membantu rakyat.

“Katakan contoh sebelum ini untung untuk seekor ayam ialah RM2, apa salahnya dalam situasi sukar ini mereka ambil untung RM1 namun konsisten untuk ternak ayam secara berpanjangan dan jangan ada percaturan harga,” katanya.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.